setahu saya, tempoh seseorang mendapatkan diploma ataupun degree adalah sekitar 2-5 tahun kan? depends on jurusan apa yg kita ambik kat Uni dulu. bagi orang yang ambik jurusan kedoktoran, lain lah cerita.
Reza Atiq Hashim ni pula, kenapa ya mengambil masa sangat lama untuk menghabiskan pelajarannya? jurusan kejuruteraan je pun, bukannye rocket science. budak paling lembap pun boleh berjaya melanjutkan pelajaran, tapi takde la sampai bertahun2 lamanya.
nak dikatakan dia ade kerje sampingan, tak juga. nak kata ada urusan hal peribadi yang perlu diuruskan, takde pulak yang diketahui. anak orang kaya. mana nak pikir duit.
pandai betul pilih universiti swasta pulak tu, bukannye murah ok. kamon la, dapat scholarship pun tak reti2 nak appreciate nilai mata wang kot, lepas tu drop out sekerat jalan sesuka hati sebab asyik probation. sapa yang kene kaver balik duit scholarship? mak bapak jugaaaak. tak studikah anda? ingat duit tu tumbuh atas pokok? ntah2 duduk kampus asyik main yek. dia tidak tahu betapa untungnya dia mendapat scholarship sedangkan ramai lagi orang yang kat luar tu lagi layak untuk mendapatkannya. lepas dropout, sapa yang nak bayar ganti rugi? tentulah mak bapak. malu ok. bapak berstatus tinggi di kompeni swasta, tentu akan berasa malu. setengah orang tu tak reti nak syukur.
malu kat kawan punya pasal, dia menghilangkan diri begitu saja. camtulah Reza Atiq ni menghandle situation begini, susah je, lari. senanglah konon membawa diri camtu, tak susahkan orang. betul? Sya rasa tidak. tu coward namanya, bila dilanda susah je, dia ambik easy way out. kononnye tu je lah penyelesaian paling senang, tak perlu melibatkan orang lain katanya. mak aih... bayangkan kalau dia ulang perkara yang sama di tempat kerjanya, condolences lah kat majikan dia. tak leh nak harap kan orang macam tu? kalau ditanyakan kawan2 karibnya, semua tak tahu apa jadi ngan dia. itu kah yang dipanggil seorang kawan?
anyway, lepas dropout dari universiti tu, dia pun masuklah universiti swasta yang lain pulak (yang boleh tahan jugak harganya). amik jurusan yang sama. maklumlah, degil kan, tak sedar diri dia tu. tapi katanya pointer awal2 mula belajar kat situ bagus, 3 pointer kot? ntah la Sya tak tahu. so ikutkan teori, confirm2 laa dia akan graduate kan? EEEEEEEEEEEEEEEEEEK. SALAH. seperti yang dijangka dia tidak berjaya menghabiskan pelajarannya lagi. terbengkalai separuh jalan, ntah la kenapa. alasannya mak bapak dia kene outstation buat tempoh yang lama, jadi hilangnya tempat nak mengadu. aduh. anak mak ke dia nih? ishh. membazir lagi duit mak bapak dia. dia tak kesian ke? tahu la bapak kaya, tapi tak payah lah membazir duti sebegitu. ramai lagi orang yang memerlukan duit itu.
akhirnya dia telah berjaya mendapatkan segulung ijazah dalam bidang yang sama di sebuah institusi swasta, tetapi hanyalah memperolehi pointer yang rendah je. haih. yang malunya, masa dia dekat situ, adik dia pun tengah melanjutkan pelajarannya dia institusi yang sama ok. tak nak mengaku adik pulak tu, takut malu. kalau Sya jadi dia, memang malu pun. 10 tahun tu boleh belajar sampai ke tahap PhD ok. kalau masuk kerje terus, ntah2 sudah jadi pangkat manager dah pun. rugi masa betul.
nak kata hebat di tempat kerje, tak jugak. rasanya ada orang dalam yang menolongnye mendapat kerja di kompeni tersebut. maklumlah, zaman skarang ni ramai jugak budak grad yang pandai, semua 3 pointer. ramai yang susah cari kerje. kalau pakai orang dalam ni, kalau diri tu berkebolehan tu, takpe lah. ade yg pakai orang dalam tapi dirinya tak bagus mana pun. tak nak usaha sendiri pulak tu. dia dapat pangkat exec sebab berkelayakan degree. konon hebat lah sebab ade orang bawah dia yang dia boleh arah buat itu ini. hakikatnye orang bawah dia tu hanyalah berkelayakan diploma je, jadi mana boleh nak compare kan.
Sya perasan dia tu banyak je kerje nak kene siapkan kat pejabat, tetapi dia masih mampu kluar lunch hour lebih dari 1 jam balik rumah makan free, kadang2 tu kasi alasan pergi plant lain, sapa la yang nak keep track kan?
dan lagi2 heran bila dia boleh selamba je clock out on time tepat pukul 5 hari2 tanpa fail. padahal dia jugak pernah merungut dia banyak paperwork nak kene buat. orang lain kalau banyak lagi kerje tak siap, siap kerje overtime ok, balik lambat. tak pun diorang bawak balik kerje sambung kat rumah. dia pulak? takde pulak macam tuh. amboih, senangnya kerje dia. ntah2 main pass kat orang2 kulinya, pastu main belanje makan bile kerje dah siap.
kalaulah Sya majikan, takdenye Sya nak ambik dia kerje kat kompeni Sya. kita sambung lagi nanti yek.